3 Makanan Sunnah Yang Sering Disebut Di Dalam Al-Quran??

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi. Pemilihan makanan memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Pada masa kini, terdapat ramai orang yang mendapat penyakit disebabkan tidak mengikut pola makanan yang betul dan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang makanan sunnah yang banyak memberi khasiat kepada tubuh badan manusia. Kita boleh menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan dari aspek penjagaan makanan. 

Baginda sendiri sering mengamalkan makanan-makanan sunnah yang sering disebut di dalam Al- Quran seperti madu, kurma dan air zam zam. Malahan, Rasullullah bukan sahaja mengajar kita berkaitan pemilihan makanan tetapi turut mengajar cara dan adab ketika makan dan minum. 

Tiga Makanan Sunnah beserta Kebaikannya.

MADU

KURMA

BARLI

1. Madu

Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Madu dapat meningkatkan imunisasi tubuh badan seseorang. Ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Universiti of Wales Institute Cardiff (UWIC) di mana madu berfungsi sebagai antibiotik yang mampu menembusi sistem pertahanan kuman seterusnya dapat membantu menghalang jangkitan kuman. Madu juga terkenal dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin dan mineral yang diperlukan badan. 

2. Kurma

Makanan yang terkenal di bulan Ramadhan ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri yang sangat bagus untuk badan. Selain mengenyangkan, kurma sebenarnya kaya dengan serat di mana ia dapat membantu sistem penghadaman bagi mencegah sembelit. Bukan itu sahaja, kurma juga boleh  membantu melawan penyakit berjangkit disebabkan antioksida yang tinggi.

2. Barli

Barli merupakan bijian gandum yang sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur. Barli amat sesuai untuk orang yang mengalami demam kerana ia dapat menyejukkan badan selain mudah dihadam. Tapi tahukah anda, barli juga mempunyai protein, karbohidrat, vitamin dan galian yang menjadikan ia sumber terbaik untuk badan. Apa yang bagus tentang barli, bijian barli mempunyai kedua dua serat pemakanan iaitu mudah larut dan tidak mudah larut sekaligus membantu usus untuk berfungsi dengan baik.