Ibu mana yang tak mahu tengok anak-anak mereka sihatkan? Ibu mestilah akan sentiasa memikirkan kesihatan anak anak mereka berbanding diri sendiri. Kerana itulah terdapat pepatah “ kasih ibu membawa ke syurga”.

Ibu merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Ibu yang bijak pasti mengetahui cara terbaik bagi memastikan keluarga dalam keadaan sihat.

Tahukah anda, peranan dalam memastikan ahli keluarga sihat merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipegang oleh ibu bermula dari masakan dan makanan yang disediakan kepada keluarga di rumah.

Terdapat lima (5) ciri ibu yang bijak dalam menjaga kesihatan keluarga

1. Sediakan makanan tambahan kepada keluarga dan anak anak1

Ibu yang bijak perlu menyediakan makanan tambahan kepada anak anak dan keluarga selain dari makanan ruji seharian. Makanan tambahan amat penting terutama dalam pembesaran anak anak anda. Penyediaan makanan tambahan ini boleh dijadikan sebagai satu perisai kepada anak anak bagi meningkatkan imunisasi badan mereka dalam melawan penyakit.

2. Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Anda boleh mengubah cara pemakanan keluarga terutama anak anak. Pemakanan seimbang yang boleh diamalkan adalah seperti panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu ‘suku,suku, separuh’atau Pinggan Sihat Malaysia. Pinggan Sihat Malaysia ini perlu mempunyai suku protein seperti ikan,ayam dan daging, suku karbohidrat seperti nasi dan separuh fiber iaitu buah buahan dan sayur sayuran.

3. Mengubah cara masakan

Masakan yang biasa kita dengar ialah makanan bergoreng, berkuah, berminyak dan berlemak. Tetapi makanan ini sangatlah tidak sihat untuk diamalkan selalu. Kita boleh mengubah cara masakan kepada yang lebih sihat seperti panggang, bakar, kukus atau rebus malahan rasanya juga boleh menjadi sedap sekiranya kita pandai mengolah cara masakan. Atau boleh tengok resepi masakan sihat yang boleh diperolehi dengan mudah.

4. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Selain menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat juga penting. Anda boleh melakukan senanam ringan di rumah bersama anak anak seperti berjoging, bermain badminton malahan ibu juga boleh meminta anak anak membantu berkebun, mengemas rumah dan ini membantu anak anak untuk kekal sihat dan cergas. Selain dari bersenam, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan juga.

5. Semak Label Makanan

Semasa membeli barang dapur, ibu boleh memilih makanan yang bersesuaian dengan menyemak terlebih dahulu label pada makanan. Golongan ibu perlu bijak memilih makanan yang sihat seperti kurang gula,garam, bahan perasa, tiada pewarna tambahan