FAQ / SOALAN LAZIM  (UMUM)

 

1. APAKAH KANDUNGAN HiGOAT SUSU KAMBING ?

Kandungan HiGOAT Susu Kambing berasaskan Susu Kambing yang diimport dari Holland 

2. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING INI BERBAU HAMIS KAMBING ?

HiGOAT Susu Kambing tiada bau hamis kambing yang membuatkan ramai orang boleh meminumnya

3. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING SESUAI UNTUK KANAK – KANAK 1 TAHUN ?

Ya, HiGOAT Susu Kambing sesuai untuk kanak – kanak berumur 1 tahun keatas 

4. ADAKAH GOLONGAN DEWASA DAN WARGA EMAS SESUAI UNTUK MINUM HiGOAT SUSU KAMBING ?

HiGOAT Susu Kambing sesuai untuk semua lapisan umur  dari 6 bulan sehingga warga emas 

5. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG  DAN IBU MENYUSU ?

Ya, HiGOAT Susu Kambing boleh diamalkan oleh ibu-ibu diluar sana kerana dapat membantu memberikan bekalan tenaga kepada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak

6. KENAPA HiGOAT SUSU KAMBING RASA MANIS ?

Rasa manis itu hanyalah datang dari susu kambing itu sendiri, tiada gula tambahan dimasukkan  

 7. BOLEHKAH HiGOAT SUSU KAMBING DICAMPURKAN KEDALAM MINUMAN COKLAT, KOPI & LAIN-LAIN ?

Ya, HiGOAT Susu Kambing boleh dicampur kedalam minuman lain dan rasanya lebih sedap

8. APAKAH PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH HiGOAT ?

Terdapat beberapa produk yang dikeluarkan oleh HiGOAT iaitu antaranya :

  • HiGOAT ORIGINAL ( versi PEK/BOTOL 500gm)
  • HiGOAT HiRICH
  • HiGOAT PREMIUM 
  • HiGOAT KiDZ
  • SPYHRU
  • TEH TARIK MOGANNA 
  • MOGANNA COFFEE 
  • HiGOAT CHOCOLATE
9. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING BERSIFAT PANAS?

 

HiGOAT Susu Kambing tidak bersifat panas kerana ia telah dipastuer mengikut piawai dan kandungan laktosa yang ada dalam HiGOAT susu kambing adalah sangat-sangat rendah yang dapat mencegah alahan dan boleh mencegah asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.

10. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING BOLEH MENYEBABKAN GEMUK?

Tidak. HiGOAT Susu Kambing sesuai untuk mereka yang ingin mengawal berat badan atau mengekalkan berat badan ideal. Pakar nutrisi serata dunia setuju dengan pengambilan susu sebagai keperluan asas dalam diet harian yang sihat.

11. BOLEHKAH MEREKA YANG BERPENYAKIT KENCING MANIS, DARAH TINGGI, GASTRIK DAN LAIN-LAIN UNTUK MENGAMALKAN HiGOAT SUSU KAMBING ?

Bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, gastrik dan lain–lain boleh mengamalkan HiGOAT Susu Kambing ini. Walaubagaimanapun, pesakit disarankan bertanya atau meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu  

12. BOLEHKAH HiGOAT SUSU KAMBING DIMINUM LEBIH DARIPADA 2 KALI SEHARI?

Pengambilan 2 kali sehari Itu yang disyorkan oleh pakar dan mengikut rantaian pemakanan. Ia juga boleh diminum seperti biasa mengikut tahap penerimaan individu tersebut

13. APAKAH PERBANDINGAN SUSU KAMBING DAN SUSU LEMBU ?  

Perbandingan antara Susu Kambing & Susu Lembu ialah dari kandungan :

Protein 

Protein susu kambing lebih sedikit, di mana kandungan kasein 75%, 1-3% α-S1 kasein jumlah protein, Kandungan lactoglobulin β lebih rendah daripada susu lembu. kandungan protein susu sebanyak 2.7% -3.7%, di mana kandungan kasein 85%, kandungan α-S1 kasein 43% daripada jumlah protein, kandungan lactoglobulin β- lebih daripada 2 kali ganda susu lembu.

Vitamin dan asid folik

Susu kambing segar kurang asid folik, kandungan vitamin C 1.29mg / 100g iaitu paling hampir dengan susu ibu manakala susu lembu asid folik yang lebih tinggi, kandungan vitamin C 0.94mg / 100g, jauh lebih rendah daripada susu ibu.

Lemak

Sel zarah susu kambing kecil, satu pertiga lebih kecil daripada susu lembu, saiznya sama dengan sel-sel globular lemak manusia. Susu kambing kaya dengan asid lemak rantaian sederhana, kesan penyerapan badan yang lebih baik. Sel-sel glob lemak susu lembu lebih besar, kandungan asid lemak lebih tinggi.

Mineral

Susu kambing lebih mineral, kandungan sejumlah 0.85%, kalsium, fosforus lebih 20%daripada susu lembu dan, tidak ada percanggahan antara kalsium dan zat besi, kalsium dan kadar penyerapan zat besi adalah tinggi dalam kandungan mineral susu sebanyak 0.72%, 45% daripada mineral adalah kalsium. nisbah fosforus dan jumlah besi antara susu lembu dan susu kambing adalah sama, akan tetapi tindakbalas besi dan kalsium susu lembu memberi kesan kepada penyerapan zat besi ferus.

PH

Susu kambing berakali manakala susu lembu pula berasid.

Faktor pertumbuhan epitel 

Susu kambing mengandungi faktor epitel yang sama seperti susu manusia, Faktor Pertumbuhan Epidermal (EGF), yang membantu sel-sel epitelium tumbuh dan diperbaiki. Susu lembu tanpa faktor pertumbuhan epitelium.

14. KENAPA HiGOAT SUSU KAMBING SANGAT BAGUS ? 

HiGOAT Susu Kambing sangat bagus kerana ialah membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh, membantu melancarkan sistem penghadaman dan pemasalahan usus, menguatkan lagi jisim tubuh serta dapat membantu mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah 

15. BOLEHKAH SUSU KAMBING MENINGKATKAN LAGI PROSES PENCERNAAN ? 

Gula yang terdapat dalam susu lembu tidak la bebas laktosa sepenuhnya tetapi kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah. Walaubagaimanapun, ini bukan pilihan yang tepat bagi mereka yang tidak bertoleransi terhadap laktosa, kekurangan laktosa menjadikan susu lebih mudah dicerna bagi mereka yang mendapati bahawa susu lembu mengganggu perut mereka. 

16. BOLEHKAH HiGOAT SUSU KAMBING DICAMPUR DENGAN MADU ?

Ya, HiGOAT Susu Kambing boleh dicampur dengan madu untuk menambahkan lagi rasa. 

17. ADAKAH KHASIAT HiGOAT SUSU KAMBING BOLEH MATI JIKA DIBANCUH DENGAN MENGGUNAKAN AIR PANAS ? 

Khasiat HiGOAT Susu Kambing tidak akan hilang 100% jika dibancuh dengan menggunakan air panas, tetapi kami tak mengesyorkan, disarankan supaya HiGOAT Susu Kambing dibancuh dengan air suam. 

18. APAKAH PERBEZAAN HiGOAT ORIGINAL DAN HiGOAT HiRICH ? 

HiGOAT ORIGINAL merupakan tepung susu kambing yang berformula tanpa tambahan lain untuk mengekalkan keaslian khasiat susu kambing tersebut manakala HiGOAT HiRICH pula terdapat tambahan multivitamin, multimineral & garam bukit. Ini membuatkan khasiat HiGOAT HiRICH lebih lengkap. Dari segi rasa, HiGOAT ORIGINAL ringan serta halus & tidak terlalu berkrim manakala rasa HiGOAT HiRICH lebih berat & terasa masin sedikit disebabkan oleh garam bukit yang ditambah. 

19. ADAKAH HiGOAT HiRICH MASIN KERANA TERDAPAT TAMBAHAN GARAM BUKIT ? 

HiGOAT HiRICH ini tidaklah terlalu masin, cuma ada sedikit rasa masin yang sedap dan rasanya boleh diterima oleh sesiapa yang meminumnya. 

20. APAKAH KHASIAT AQUAMIN YANG TERDAPAT DALAM BEBERAPA JENIS PRODUK HiGOAT ?

Aquamin adalah sejenis rumpai laut merah (Lithothamnion Calcareum) yang mengandungi multimineral kompleks, magnesium dan bioaktif kalsium. Membantu dalam kesihatan dan kekuatan tulang. Membantu meningkatkan metabolisme badan, membantu mengurangkan keradangan kronik & membantu menyelaraskan sistem imun menjadi normal.

21. BOLEH CADANGAN PRODUK YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL ? 

Kami mempunyai 3 jenis susu kambing yang sesuai untuk ibu hamil: 

     1) HiGoat Original 

     2) HiGoat HiRich

     3) HiGoat Premium (kurma+madu)

Ketiganya ada banyak khasiat. Beza dia adalah:

HiGoat Original ni dia lebih kepada susu kambing asli yang tiada campuran apa2. Pure susu kambing sahaja. Tiada campuran (banyak juga ibu hamil prefer yang ini sebab ianya asli dan tiada campuran apa2)

HiRich juga susu kambing asli tapi ada tambahan Multimineral, Multivitamin dan Garam Bukit. (Ini pun banyak jugak pregnant mommies beli, sebab ada banyak extra vitamin2 yang bagus dan penting, jadi bagus utk badan ibu dan kandungan)

HiGoat Premium (kurma+madu) juga susu kambing asli, tapi ada campuran kurma dan madu. (Ini pun bagus, serat yang tinggi dari kurma tu bantu elokkan penghadaman dan tinggi antioksidan, madu pulak mmg sangat bagus utk badan serta mempunyai pelbagai  khasiat )

22. ADAKAH PRODUK HiGOAT SUSU KAMBING DISAHKAN HALAL ?

Ya, semua produk HiGOAT disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )

23. DIMANAKAH HiGOAT SUSU KAMBING DIKILANGKAN ?

HiGoat Susu Kambing mempunyai satu sahaja kilang iaitu di Mergong Kedah, Malaysia

24. BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN STOK HiGOAT SUSU KAMBING ? 

HiGOAT Susu Kambing boleh didapati di Akaun Shopee rasmi kami iaitu higoatsusukambingofficial  

25. SAYA MEMPUNYAI SOALAN KHUSUS TENTANG PRODUK HiGOAT, SIAPAKAH SAYA BOLEH HUBUNGI ? 

Jika mempunyai sebarang pertanyaan khusus, anda boleh menghubungi pihak kami melalui emel hrltmsb@gmail.com atau melalui Whatsapp 011-1950 9685

26. ADAKAH HiGOAT SUSU KAMBING MEMPUNYAI PELBAGAI PERISA ?

Tidak, HiGOAT Susu Kambing mempunyai satu sahaja perisa iaitu perisa ah

FAQ / SOALAN LAZIM  (PESANAN)

1. DIMANAKAH ANDA MENGHANTAR PRODUK HiGOAT ?

Kami membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, tetapi jika anda tinggal di kawasanluar bandar ia mungkin mengambil sedikit masa untuk barang tersebut sampai.

2. BERAPA LAMA PESANAN SAYA AKAN SAMPAI ?

Kemas kini COVID 19:  Harap maklum, mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam waktu penghantaran kerana tunggakan syarikat kurier disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kami semua mengenai kecekapan dan ingin menyampaikan pesanan kepada anda dengan cepat. Pesanan akan dihantar dari gudang kami melalui penghantaran standard dan biasanya dihantar dalam 1 hingga 2 hari bekerja. Sila tambah 2 hari untuk penghantaran ke luar bandar.

3. BERAPAKAH KOS PENGHANTARAN YANG DIKENAKAN ?

Kos penghantaran mengikut jenis kurier yang dipilih oleh pembeli serta jumlah berat barang yang dibeli. Kos ini akan tertera semasa membuat pembayaran.

4. BOLEHKAH SAYA MENGUBAH DAN PEMBATALKAN PESANAN YANG TELAH DIPESAN ?

Pasukan pembungkusan kami melakukan kerja dengan cepat, ini bermaksud kami tidak dapat membuat sebarang perubahan setelah anda membuat pesanan.
Ini termasuklah mengubah pilihan penghantaran, alamat penghantaran, atau kaedah pembayaran.
Walaubagaimanapun, hubungi kami dengan segera melalui emel hrltmsb@gmail.com atau Whatsapp di 011-1950 9685 dan kami akan lihat apa yang kami boleh lakukan yang terbaik untuk anda.

5. BAGAIMANA DENGAN PESANAN SAYA, JIKA SAYA TIADA DI RUMAH ?

Cara terbaik untuk memastikan penghantaran berjaya adalah dengan memberikan alamat yang selalu anda ada pada siang hari. Sekiranya anda tiada di rumah pada siang hari, anda boleh memberikan alamat kerja untuk penghantaran.

6. SAYA TELAH MENERIMA PESANAN YANG SALAH & BARANG YANG ROSAK, APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN ?

Perkara ini jarang berlaku kerana pasukan pembungkusan kami melakukan kerja dengan cekap, tetapi jika ianya berlaku, segera hubungi kami! Anda hanya perlu memaklumkan kepada kami melalui emel  hrltmsb@gmail.com atau Whatsapp ke nombor 011-1950 9685 Untuk memberitahu kami lebih lanjut mengenai keadaan, sila sertakan :

  • Nombor pesanan
  • Produk dan keterangan
  • Penerangan mengenai keadaan beserta gambar