HiGOAT mula dikenali sejak tahun 1998 lagi, melalui keluaran produk minuman kesihatan berasaskan susu kambing asli terbaik dari ladang. Kesemua produk ini menggunakan susu kambing asli yang diimport khas dari Holland yang merupakan Negara pengeluar utama susu kambing yang terbaik di dunia.

LATAR BELAKANG HiGOAT

HiGOAT merupakan syarikat milik penuh orang Islam dan Bumiputera. Malahan proses pengilangan kami juga berasaskan aturan Islam dan merupakan produk halal 100%. Sehingga hari ini, HiGOAT telah mengeluarkan 8 jenis produk yang berasaskan susu kambing.  Ini membuktikan bahawa HiGOAT merupakan produk yang dipercayai oleh orang ramai di luar sana hingga mampu bertahan ke hari ini.

Semua produk HiGOAT telah diformasikan dengan susu kambing dan bahan semula jadi seperti serat fiber, protein, mineral dan multivitamin lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Bahan semula jadi ini juga boleh membantu meningkatkan imunisasi badan dalam melawan penyakit berjangkit dan serangan virus. 

Kesemua produk HiGOAT telah dirumuskan di bawah piawaian antarabangsa yang menepati SOP dan pensijilan MESTI dari dari Kementerian Kesihatan Malaysia, sijil HALAL dari JAKIM dan Sijil Good Manufacturing Process (GMP) dari pihak berkuasa dan sentiasa dipantau oleh professional yang berpengalaman dan berkelayakan. Untuk menghasilkan yang terbaik untuk ANDA, HiGOAT telah membawa pasukan pakar penyelidikan yang mempunyai reputasi tinggi dalam bidang masing masing bagi merangka produk yang inovatif khas untuk anda.

VISI

Untuk menjadi peneraju industry produk berasaskan bioteknologi di Malaysia dan memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan diri melalui produk makanan dan kosmetik buatan Malaysia

MISI

Memanfaatkan aplikasi inovatif susu kambing dan menjadi pengeluar utama produk berasaskan bioteknologi di Malaysia.
PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN

POLISI SYARIKAT