6 Kebaikan Garam Bukit Yang Ramai Tidak Tahu

Keistimewaan dan kebaikan garam bukit ini?

Membantu Proses Penghadaman
Garam bukit boleh dikatakan sebagai salah satu makanan yang membantu dalam proses penghadaman. Hal ini kerana, garam bukit dapat menyingkirkan cacing sekaligus membantu masalah penghadaman yang dihadapi oleh seseorang. Hanya dengan mengamalkan pengambilan secubit garam bukit sebelum dan selepas makan, dapat membantu mencerna protein kepada beberapa jenis asid amino dan enzim

Merawat Sakit Tekak
Khasiat dalam garam bukit dapat membantu seseorang yang mengalami sakit tekak. Ia juga boleh membantu mereka yang mempunyai masalah tonsil, kerongkong bengkak dan batuk kering. Caranya hanya dengan berkumur dengan air yang dicampurkan garam bukit

 

Meningkatkan Metabolisma
Mineral yang terdapat dalam garam bukit boleh membantu untuk meningkatkan metabolism dan fungsi tubuh seseorang

Membantu penyerapan mineral dalam badan
Garam bukit sendiri mempunyai pelbagai mineral dan vitamin yang baik untuk tubuh badan. Dengan mengamalkan pengambilan garam bukit, secara tidak langsung badan akan menyerap mineral terus ke dalam tubuh badan. Kaya dengan zat besi, kalium, magnesium dan lain lain membantu membuang toksik dalam badan seterusnya membantu merangsang kitaran darah. 

 

Bermanfaat untuk Kesihatan Kulit
Garam bukit boleh menghilangkan sel kulit mati dan melindungi kulit. Apabila sel kulit mati dihilangkan, masalah kulit kusam, kasar dan kelihatan tua dapat diatasi. 

 

Menstabilkan Tekanan Darah
Garam bukit mempunyai kandungan kalsium yang tinggi di mana dapat membantu menstabil dan mengawal keseimbangan darah tinggi dan rendah dalam tubuh seseorang.  

 
Recent Posts