Susu Kambing: Adakah ianya  susu yang tepat untuk anda??

TIDAK ramai yang gemar dan memilih susu kambing sebagai minuman harian kerana sesetengah minuman susu kambing mempunyai baunya yang tersendiri iaitu sedikit hamis. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya dapat mencetuskan rasa loya kepada seseorang yang sensitif terhadap bau tersebut.

Susu kambing merupakan ejen metabolik yang baik yang mampu meningkatkan ‘metabolic utilization of mineral’ seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus. Di dalam susu kambing terdapat A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu di mana A2 beta-casein lebih mirip kepada susu ibu. 

Di dalam susu kambing itu sendiri, terdapat magnesium yang mana dapat membantu mengekalkan denyutan jantung normal dan menghalang darah beku membentuk yang dapat menjaga kesihatan jantung. Susu kambing mempunyai ‘medium-chain fatty acids’ yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Fungsi fatty acids ini sangat membantu untuk menurunkan kolesterol. 

 

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa susu kambing juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri malah sering disebut sebagai minuman kegemaran Rasulullah S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: bahawa “Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu di dalam syurga”.

Berdasarkan hadis di atas, jelas di sini yang menunjukkan bahawa susu kambing merupakan susu terbaik yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seseorang. Ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar iaitu susu kambing mempunyai kalsium yang lebih tinggi dengan membekalkan 327 miligram(mg) kalsium segelas serta mempunyai Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam tulang. 

Susu kambing merupakan ejen metabolik yang baik yang mampu meningkatkan ‘metabolic utilization of mineral’ seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus. Di dalam susu kambing terdapat A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu di mana A2 beta-casein lebih mirip kepada susu ibu. 

Di dalam susu kambing itu sendiri, terdapat magnesium yang mana dapat membantu mengekalkan denyutan jantung normal dan menghalang darah beku membentuk yang dapat menjaga kesihatan jantung. Susu kambing mempunyai ‘medium-chain fatty acids’ yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Fungsi fatty acids ini sangat membantu untuk menurunkan kolesterol.

Kehadiran ‘ fat globules’ yang kecil di dalam susu kambing menjadikan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. Ini kerana, apabila susu kambing melalui perut, protein dalam susu kambing ini membentuk curd yang lebih lembut dan membantu mengurangkan iritasi yang mungkin dialami oleh orang yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

Namun demikian untuk mengekalkan keaslian serta khasiat susu kambing, pilihlah susu kambing yang tidak bercampur dengan bahan perasa, pewarna dan juga pengawet.